Ahad, 31 Januari 2010

Kelahiran Hujung Tahun 2009


Tarikh Lahir: 27 Disember 2009
Ibu: Jersey Wooly + Holland Lop
Bil: 5 ekor.
Jantina: ?. Belum periksa lagi


Gambar baby bunny selepas seminggu kelahiran. Mata pun blum buka lagi.Picture mother dia tak shoot lagi. Warna bulu mother dia cam kucing siam. Minggu lepas, kandang dia terbuka, mother dia gigit tali pengikat sampai putus, seekor hilang. Rasanya dia terjatuh dari kandang dia. Masa tuh pulak, kami tak ada kat rumah, pergi kerja. Hmmm, rasa-rasanya dah jadi arwah, area tempat kami ada banyak kucing dan beberapa anjing terbiar. 

Pernah satu ketika tak lama dahulu, semasa minggu perayaan hari raya haji 2009, masa tuh kami 9ekor bunny dalam 11/2-2bulan. Sampai aje kami daripada kampung, beberapa arnab tuh ilang. Jiran kami bagitau ada yang sampai melawat rumahnya. Frust juga bila tahu arnab ilang, tetapi nak wat cam maner, redha je lah. Malam tuh, setelah semua kandangnya dan makan minum dia kami setelkan, kami masukkan kembali ke dalam tempat masing masing.


Kami penat sangat dah malam, maklumlah baru sampai je, terus kemaskan kandang depa tuh. Penat pun tak ilang lagi. Kami lena lah sampai pagi, tak sedar apa dah.


Pagi esoknya, aku tengok le kat luar tingkap, nampak lah bulu arnab kat luar kandang dia, macam bulu arnab bergaduh je. Aku g le periksa. Allahuakhbar, aku lihat arnab aku dah mati cam kena balun ke kucing ke , aku tak pasti? Tiga ekor yang mati, dua dalam longkang, satu kat laman. Ada putus telinga, ada pecah kepala, putus kaki. Aku naik pelik kucing ape bedal sampai macam nih sekali. Maklumlah sebelum nih ada juga kucing yang gigit dan bawa lari masuk rumah bos dia. Tetapi yang nih, dia tinggal je, dengki betul. Sedih gak, yelah dah tengok hari hari daripada kecik alih alih besar mati cam tuh je. Kesian betul. Nak wat ape lagi, tanam lah kesemuanya. Yang tak keluar kandang selamat, 4 ekor je. 2 kecik, 2 besar. Yang besar tak ada ape ape, tetapi yang kecik setiap satunya ilang satu jari kaki, putus cam kena gigit. Musykil betul kami!


Nak jadikan cerita, malam tuh dalam kul satu dua pagi, aku lum tidur lagi, ada kijer sket, aku asyik terdengar bunyi bising kat kandang arnab. Bunyi macam arnab gelisah sangat. Memula tak peduli sangat, sebaab ingatkan arnab jantan dok mengejar arnab betina. Tetapi bunyi tuh kerap sangat, aku cuba lah intai kat tingkap. Terkejut aku, ada seekor anjing dok depan kandang arnab. Aku ape lagi terus sergah n keluar kejar menatang tuh. Dia pun cerdik, pandai pulak keluar kot longkang cepat cepat. Tak sempat aku nak balun ngan kayu. 


Aku kejar keluar pagar, ada geng dia le pulok, empat ekor semuanya. Satu masuk tiga kat luar. Aku kejar, depa terus lari. Aku ingat abis kat situ dah. Selang sejam lepas tuh sekor lagi masuk lagi, tak sempat aku kuar depan terus cabut. Aku tunggu lagi wat perangkap, tak mai lah pulak.


So, dengan kejadian nih, aku rasa anjing nih adalah penyebab utama tiga ekor arnab aku mati mengejut tuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan